Skip to main content

Bola Sepak

Lagi berita gembira buat peminat bola sepak Kelantan, KRW boleh beraksi dalam Liga A1!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krw.jpg
Kelantan Red Warrior (KRW) difahamkan boleh beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW, Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar, berkongsi bahawa kelab itu telah dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini, FIFA diberitakan melarang KRW daripada menandatangani sebarang pemain sehingga 14 Ogos depan, difahamkan kerana memiliki identiti yang sama dengan Kelantan FC.

Sebagai rekod, Kelantan FC digantung pendaftaran oleh FIFA sejak 2023 berikutan masalah pembayaran gaji pemain.

"Kelantan Red Warrior boleh meneruskan liga. Selepas sesi latihan pagi tadi, kami dapat perkhabaran 
KRW boleh meneruskan liga tanpa sekatan FIFA.

"kami akan siapkan semua proses pendaftaran pemain-pemain. Alhamdulilah," tulis Wan Fajarulekram dalam satu kiriman media sosial.

Ia pasti memberikan kegembiraan berganda buat peminat bola sepak Kelantan selepas Kelantan The Real Warriors (TRW) turut dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video