Skip to main content

Bola Sepak

Feyenoord tanggung padah cuai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giovannivanbronckhorst-cropped_rcmcb2eql5wr1wbn2hng2tgi1.jpg
Feyenoord terpaksa menanggung kekalahan 1-3 di tangan Napoli dalam aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas mempamerkan permainan longlai dan tidak berhati-hati.

Pengurus pasukan, Giovanni Van Bronckhorst, mengakui anak buahnya gagal menunjukkan keinginan yang tinggi setelah melepaskan gol mudah kepada Napoli.

Feyenoord juga gagal menggunakan kesempatan terhidang apabila Jens Toornstra mensia-siakan peluang sepakan penalti pada minit ke-68.

Biarpun Sofyan Amrabat berjaya menjaringkan gol sagu hati buat Feyenoord, Van Bronckhorst menyifatkannya sudah terlalu lewat.

"Kami dibolosi walaupun cuba memberikan tentangan sebelum tamat babak pertama.

"Selepas itu, kami melakukan dua kesilapan mudah dan mempersiakan peluang sepakan penalti.

"Dalam UCL, segala-galanya adalah tentang setiap detik dan kami melakukan terlalu banyak kesilapan individu," kata Van Bronckhorst.

"Napoli menampilkan permainan yang mudah dan mereka sangat berbakat dan lebih terserlah apabila menentang kami yang mengalami masalah kecederaan."

Nada sama turut disuarakan ketua pasukan, Karim El Ahmadi, yang mengakui pasukannya kekurangan daripada segi pengalaman.

"Kami tidak bermain sebagai sebuah pasukan. Bagus untuk memiliki bakat tetapi dalam UCL, anda perlu berusaha lebih keras. Ia membuatkan kami kecewa.

"Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh bertarung tetapi tidak banyak yang boleh disempurnakan," kata Karim.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video