Fernandinho berharap tekanan selaku pendahulu liga akan membebankan Liverpool dan membantu Manchester City mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
City menghadiahkan kelab Merseyside itu kekalahan pertama liga musim ini dalam aksi awal pagi semalam tatkala jaringan Sergio Aguero dan Leroy Sane memadamkan gol sagu hati pelawat di Etihad menerusi Roberto Firmino, sekali gus menjadikan perbezaan hanya empat mata di puncak liga hasil kemenangan 2-1.
Liverpool tidak memenangi kejuaraan liga sejak 1990 dan pemain Brazil, Fernandinho, berpendapat harapan tinggi mungkin terlalu besar buat skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
"Perbezaan empat mata akan menjadi menarik sehingga penghujung musim," katanya.
"Mereka masih pendahulu liga dan berdepan banyak perlawanan. Tidak mudah untuk kekal di puncak liga kerana tekanan sentiasa tinggi. Anda harus menang kesemua perlawanan, jadi lihat nanti apa yang berlaku."
Walaupun tidak menampilkan aksi terbaik sepanjang masa, persembahan barisan tengah City jelas memukau ketika membenam Liverpool di Etihad.
"Tentunya bagus dapat terlibat dalam perlawanan hebat sebegitu menentang pendahulu liga," tambah Fernandinho.
"Kami berpeluang untuk membuktikan kualiti kami selepas beberapa keputusan buruk. Kami kembali ke landasan kemenangan. Seluruh pasukan bermain dengan baik dan ia penting buat kami.
"Ia menjadi perlawanan hebat untuk semua orang dan pastinya buat peminat. Mereka sangat gembira dan saya juga gembira buat mereka."
Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di tangan Crystal Palace dan Leicester City ketika musim perayaan Krismas, Fernandinho menafikan mereka tertekan ketika menentang Liverpool.
"Tidak semestinya. Kami berusaha dalam setiap perlawanan," ujarnya lagi.
"Musim lalu, kami berupaya meraih 100 mata -- 50 mata di laman sendiri dan 50 mata di tempat lawan -- jadi anda harus terus berusaha dan cuba untuk menang.
"Semua orang bertanggungjawab buat pasukan, menampilkan aksi bola sepak menarik dan cuba memenangi setiap perlawanan. Anda harus buktikannya dalam semua aksi dan bukan sahaja hari ini."