Skip to main content

Bola Sepak

Fernandes puji aksi tiga rakan sepasukan ketika atasi Leicester

sanch.jpg
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes, memuji rakan sepasukan, David de Gea, Marcus Rashford dan Wout Weghorst atas sumbangan mereka dalam kemenangan 3-0 Ahad ke atas Leicester City di Old Trafford.

United, yang kini tidak tewas dalam setiap lapan perlawanan terakhir mereka, mengeratkan cengkaman mereka di tangga keempat teratas hasil dua gol daripada Rashford dan satu daripada pemain gantian, Jadon Sancho.

Rashford memecah kebuntuan selepas 25 minit, melepaskan rembatan gagal ditampan penjaga gol Danny Ward, sebelum menggandakan jaringannya 11 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Sancho, yang turun dari bangku simpanan pada selang waktu untuk menggantikan Alejandro Garnacho, menyempurnakan gerakan berkualiti United untuk menjaringkan gol ketiga mereka dalam permainan dan gol keduanya sejak kembali beraksi.

Pasukan kendalian Erik ten Hag, bagaimanapun, harus berterima kasih kepada penjaga gol De Gea sebelum gol pembukaan Rashford selepas dia melakukan dua penyelamatan cemerlang untuk menafikan Harvey Barnes dan bekas penyerang Manchester City, Kelechi Iheanacho.

"Saya tidak fikir kami memulakan permainan dengan baik, kami memberi mereka beberapa peluang kepada pemain lawan dan David menafikan percubaan mereka dengan hebat sekali, menakjubkan dan itulah sebabnya dia adalah antara yang terbaik dunia," kata Fernandes kepada MUTV.

"Kami sepatutnya mengawal perlawanan itu, memiliki penguasaan bola lebih baik pada separuh masa pertama, terutamanya dalam 15 minit pertama.

"Selepas itu saya rasa kami mengawal permainan dan jelas separuh masa kedua, secara keseluruhan, ia jauh lebih baik daripada babak pertama."

"Ia sukar dipercayai untuk kami. Jelas sekali kami mahu Rashford menikmati detiknya dan meneruskannya kerana dia sangat penting untuk kami.

"Golnya telah menjadi sebahagian besar bagi kami dan hari ini, sekali lagi, ia adalah menakjubkan."

Mengenai Weghorst, Bruno berkata, “Kadang-kadang apabila anda mahukan bola itu masuk tetapi ia tidak berlaku. seorang penyerang jelas mahukan jaringan dan terlibat dalam gol, tetapi dia menjalankan tugasnya dengan baik.

"Dia melakukan banyak larian yang kami perlukan, memberikan tekanan yang kami perlukan dan melakukan apa yang diminta pengurus daripadanya dan itulah sebabnya dia bersama United. Ia adalah masa yang penting [sebelum dia menjaringkan gol] dan dia akan mendapat golnya."
 

Advertisement

Must Watch Video