Skip to main content

Bola Sepak

Fergus Tierney suka dalam duka di Liga Thailand!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nakhon.jpg
Penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney, yang beraksi di Liga 1 Thailand bersama Nakhon Pathom United terus memberikan impak yang besar buat kelabnya ketika ini.

Fergus yang turun selaku pemain gantian tidak menunggu lama untuk memberikan impak segera buat pasukannya yang ketinggalan 2-1, dengan kemasukannya berjaya menjaringkan gol penting pada minit akhir perlawanan sekali gus berjaya mengikat Port 2-2.

Keputusan itu menyaksikan Nakhon Pathom kini menduduki tangga ke-15 dalam kempen liga selepas berjaya mengutip satu mata berharga.


 

Untuk rekod, Fergus kini berjaya menjaringkan tiga gol dalam empat penampilannya bersama Nakhon Pathom United sejak Januari lalu.

Begitupun, Nakhon Pathom United terpaksa akur untuk turun ke Liga 2 Thailand untuk musim depan dengan berbaki dua lagi aksi selepas berada di dua kelompok tercorot.
 

Advertisement

Must Watch Video