Skip to main content

Bola Sepak

Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

koji_1.jpg
Bekas penyerang Kelantan, Fauzi Rozlan, memberikan kata dua apabila menolak pembayaran secara berperingkat berhubung tunggakan gajinya daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Dia menggesa tuntutan penuhnya diselesaikan KAFA dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya rasa kalau secara berperingkat, saya tidak bersetuju kerana kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi sekarang, saya sudah tertangguh untuk membayar komitmen yang ada.

"Antaranya seperti pinjaman rumah, kenderaan, pembiayaan persekolahan anak dan lain-lain lagi," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Fauzi antara 11 bekas pemain Kelantan yang terpalit dengan isu ini. Dia lega apabila aperkara ini mendapat campur tangan FAM untuk diselesaikan.

Tuntutannya terhadap KAFA adalah yang paling tinggi, iaitu sekitar RM60,000 dan secara keseluruhan, KAFA masih berhutang lebih daripada RM180,000 sewaktu badan itu ditadbir oleh pengurusan terdahulu.

"Saya sudah menantikannya lebih dari setahun. Saya ingin mendapatkan hak saya daripada KAFA.

"Isunya adalah sebelum saya meninggalkan Kelantan, saya pernah menuntut hak saya secara peribadi di antara saya dan KAFA.

"Alasan yang diberikan mereka adalah disebabkan faktor COVID-19 ini," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video