Skip to main content

Bola Sepak

Fasa pertama pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan bermula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

putra.jpg
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dollah Salleh dan Saaran Nadarajah Bersama Exco FAM, Datuk Zainal Abidin Hassan serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, turun padang untuk melawat fasa pertama tapak pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang terletak di Presint 5, Putrajaya.

NTC yang dibina di atas tapak seluas 5.2 hektar (12.85 ekar) bakal merangkumi tiga buah padang dengan jenis rumput berbeza dengan menggunakan dana daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebanyak RM 24 juta untuk fasa pertama.

Fasa 1 kini sudah mencapai 50% bagi kerja-kerja bawah tanah seperti penyediaan system saliran dan sistem penuaian air hujan dalam masa sembilan bulan selepas majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jun tahun lepas.






Dalam pada itu, fasa pertama menggunkan peruntukan FIFA itu dijangka siap pada Disember 2026 manakala fasa kedua yang menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM45 juta pula dijangka siap pada Disember 2027.

Turut serta lawatan tersebut adalah Pengarah Serantau Ahli Gabungan FIFA (Asia & Oceania), Sanjeevan C. Balasingam, Ketua Pejabat Serantau FIFA (Asia Tenggara & Asia Timur), Lavin Vignesh dan Pengurus Pembangunan FIFA (Asia Timur), CJ Chen Jun.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video