Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mahu melahirkan lebih ramai pengadil wanita bagi mengadili perlawanan di peringkat akar umbi menjelang tahun depan, kata Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon.
Beliau berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon wanita yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pengadil dan diberikan pendedahan mencukupi bagi mengadili kejohanan kecil di Selangor sebagai permulaan.
"FAS komited untuk melihat bagaimana kami boleh menggalakkan pengadil wanita terlibat dalam industri pengadilan bola sepak secara keseluruhan.
"Jika kita lihat di negara luar, golongan wanita aktif membabitkan diri selaku pengadil dalam sukan bola sepak, namun di Malaysia agak kurang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pengadil dan Penilai Pengadil FAS 2019 hari ini.
Dr Johan berkata Jawatankuasa Pengadil FAS turut menggariskan beberapa inisiatif bagi mempromosikan kerjaya sebagai pengadil kepada wanita dan menyasarkan untuk melahirkan pengadil wanita menjelang 2020.
Bagaimanapun, menurutnya, FAS hanya bercadang menempatkan kaum wanita bagi mengadili kejohanan kecil melibatkan peringkat umur bawah 12 tahun dan bukannya di peringkat Liga Super yang agak kompetitif dan laju.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata FAS komited mahu melahirkan pengadil berkualiti, sekali gus mampu melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa dan mengadili Piala Dunia.
Katanya, seramai 130 pengadil bakal mengendalikan Liga FAS tahun ini.
Setakat ini, Selangor berjaya melahirkan beberapa pengadil bertaraf antarabangsa seperti Razlan Jofri Ali selaku pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Mohd Muazzi Zainal Abidin (penolong pengadil FIFA), Helday Idang (pengadil futsal FIFA) dan Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim (pengadil bola sepak Pantai FIFA) selain 20 pengadil kebangsaan FAM.
Mohd Muazzi kini sedang bertugas selaku penolong pengadil FIFA dalam Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
– BERNAMA