Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menjelaskan mereka berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Harimau Malaya, Syazwan Andik Ishak, namun hasrat itu terpaksa ditangguh kerana menghormati kontrak pemain itu bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang masih berbaki setahun.
Nadi Arena sebelum ini melaporkan Syazwan menarik minat Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, menjelaskan pihaknya telah melupakan hasrat itu walaupun mereka pernah mengadakan perbincangan dengan Syazwan sebelum ini.
FAS menghormati ikatan yang masih dimiliki Syazwan dengan KLFA walaupun potensi yang dimilki pemain berusia 22 tahun itu menarik minat mereka.
"Setakat ini, kami tidak menyediakan sebarang kontrak untuk Syazwan.
"Ia hanya perbincangan biasa.
"Tiada sebarang perkara serius di antara kami dan pihaknya.
"Kehadirannya mungkin memberikan impak besar kepada pasukan kami memandangkan kami memiliki seorang lagi pertahanan sayap kebangsaan, Syahmi Safari, namun kami perlu berpijak di bumi nyata," katanya.
Mengulas mengenai pemain import pasukan itu, Dr. Johan berkata, Selangor masih mencari seorang lagi pemain bagi mengisi kuota import Asia.
Fokus utama mereka kini adalah untuk menguatkan bahagian pertahanan dan pemain dari Vietnam, Michal Nguyen, menjadi calon utama bagi mengisi kuota Asean, namun ia bergantung kepada prestasinya dalam sesi latihan.
"Kami mempunyai calon dari Korea Selatan dan Australia.
"Setakat ini kami masih belum menemui calon yang bersesuaian dengan pasukan Selangor.
"Sesetengah daripada mereka tidak berminat untuk menyertai sesi latihan kami, jadi kami perlu meyakinkan mereka terlebih dahulu," tambahnya.