BOLA SEPAK MSIA
FAM terima teguran TMJ
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghormati Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan teguran baginda dalam usaha memajukan bola sepak Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram menyambut baik kenyataan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bahawa Badan Pengadil mestilah bebas dan bukannya di bawah naungan FAM.
"FAM sangat menghargai semua teguran dan cetusan idea Tunku Mahkota Ismail. FAM akan memperhalusi idea baginda berhubung dengan penubuhan badan bebas untuk menguruskan pengadil-pengadil Liga Malaysia.
Iklan
"FAM menerima nasihat tersebut dengan hati yang terbuka," kata Timbalan Presiden FAM itu.
Dalam masa sama, ketika mengulas cadangan TMJ, pasukan yan tidak berpuas hati dengan prestasi serta keputusan pengadil boleh melantik dan membayar pengadil luar negara bagi mengendalikan perlawanan membabitkan pasukan mereka.
JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, players pasukan tak dapat gaji, players tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang2 jaga club tak peduli dan lain-lain. Senang cerita macam ni. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar… https://t.co/87dvcTFpTD— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 29, 2025
"Bayaran elaun pengadil, penginapan, makanan dan lain-lain perbelanjaan perlulah ditanggung oleh pasukan itu sendiri. FAM atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak akan menanggung kos penggunaan khidmat pengadil luar negara.
"Perlu diingat, kos untuk mendapatkan pengadil luar negara adalah sangat mahal dan perbelanjaannya dibayar dengan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD)," tambahnya.
Sementara itu, Sivasundaram juga menjelaskan bahawa pengadil-pengadil yang bertugas di Liga Malaysia telah menunjukkan satu prestasi yang cemerlang di sepanjang saingan musim ini.
"Keberadaan pengadil dengan tahap pemahaman Undang-undang Permainan yang baik serta tahap kecergasan yang tinggi dengan dibantu oleh video bantuan pengadil (VAR) telah membuktikan kecemerlangannya. Setakat ini, FAM hanya menerima empat aduan bertulis daripada 161 perlawanan.
"FAM akan sentiasa peka dan terbuka dengan semua idea yang membina sepertimana yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Ismail dalam kenyataan terbaharunya itu," katanya.
Must-Watch Video