Skip to main content

Bola Sepak

FAM lanjutkan tarikh akhir sekatan geran?

genericfootball.jpg
Itu persoalan yang timbul apabila Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, mengesahkan masalah tunggakan gaji yang dialami Perlis perlu diselesaikan Mac ini.

Stuart sebelum ini mendedahkan lapan pasukan Liga Malaysia sudah dikenakan sekatan geran tahunan daripada badan induk itu. 

Menurut Stuart, FAM memberikan masa sehingga pertengahan Februari ini untuk mereka melunaskan sebarang tunggakan sebelum badan induk itu melepaskan wang perbelanjaan untuk musim baru.

Namun, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) hanya akan melunaskan hutang gaji terunggak selewat-lewatnya 7 Mac ini dengan menggunakan geran yang bakal diperolehi.

Ditanya mengenai perkara itu, ini reaksi Stuart: "Kami masih lagi berbincang bersama MFL dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji."

Untuk rekod, geran tahunan pasukan Liga Super mula dinaikkan musim lalu daripada RM1 juta kepada RM3 juta, manakala pasukan Liga Perdana menerima RM1 juta berbanding RM500,000 musim terdahulu.

Advertisement

Must Watch Video