Skip to main content

Bola Sepak

FAM lancar tiket 'Kombo RM100'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

280492304_695003464906226_2717360235979187679_n.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumum harga berpatutan untuk penjualan tiket bagi kelayakan Piala Asia membabitkan aksi Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun depan.

'Kombo RM100' dilancarkan untuk semua peminat menikmati kesemua enam perlawanan, bukan sahaja membabitkan aksi skuad Malaysia, namun perlawanan lain dalam Kumpulan E, yang turut disertai Bangladesh, Bahrain dan Turkmenistan.

Bagaimanapun tawaran kombo tiket itu adalah terhad dari 16 Mei-29 Mei, dan hanya boleh didapati atas talian.

Ia sebagai langkah bukan sahaja mengawal penularan COVID19, namun turut bagi membendung penjualan tiket haram.

Selain itu, FAM juga turut menetapkan harga tiket RM30 untuk aksi dua perlawanan persahabatan membabitkan Myanmar pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun.

"FAM prihatin terhadap penyokong yang merancang ke stadium dan tiket kombo ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan supaya memudahkan mereka selain memberikan sedikit penjimatan dari segi harga.

"Bagaimanapun, tempoh penjualan tiket kombo hanya dibuka selama dua minggu bermula 16 Mei hingga 29 Mei secara pembelian dalam talian dan tiket kombo hanya bagi kategori tempat duduk terbuka," kata Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais.
 

Advertisement

Must Watch Video