Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

FAM hormati keputusan Pau Marti lepaskan tiga tonggak Harimau Malaya ke JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pau-marti.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui tidak daya untuk menghalang tindakan ketua jurulatih negara, Pau Marti Vicente. 



Pengendali kelahiran Sepanyol  itu memutuskan untuk menghantar pulang tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merangkumi Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi -- tatkala skuad kebangsaan menjalani latihan di Bangkok ketika ini -- bagi persediaan bertemu Kuala Lumpur Rovers FC dalam pusingan 16, Piala Malaysia, Rabu depan. 





Situasi itu meninggalkan skuad Harimau Malaya dengan 23 pemain dalam kunjungan ke Hyderabad bertemu India, Isnin ini. 

Dalam masa sama, badan induk itu tidak menafikan kemungkinan persediaan Piala ASEAN 2024 tanpa kelibat pemain JDT.

 

Advertisement

Must Watch Video