Skip to main content

Bola Sepak

FAM dan MFL perlu lebih serius tangani isu tunggakan gaji pemain bola sepak -- Adam Adli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-adli_1.jpg
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melihat isu tunggakan gaji pemain yang menghantui beberapa pasukan dalam kancah Liga Super sebagai ancaman serius atau barah yang perlu segera ditangani sebelum bermula musim baharu 2025/26.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu bertindak lebih tegas dari sudut pemberian lesen kebangsaan kepada kelab selain lanjutan tempoh lanjutan sehingga 20 Mei perlu dijadikan ruang terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menurutnya lagi jika ia berlanjutan tanpa jalan penyelesaian ia akan merugikan industri bola sepak tempatan.

Untuk itu tegasnya semua pihak yang terlibat dalam pembangunan kelab bola sepak perlu mencari jalan keluar kepada ekosistem Liga Malaysia.

“Kita mahu supaya sukan bola sepak dalam negara kita, yang kita harapkan mampu melahirkan pemain profesional, dapat bergerak dengan kerangka yang lebih baik.

“FAM, MFL dan pihak-pihak berkaitan perlu lebih serius dalam menangani masalah ini dan tidak boleh lagi mengelak daripada membincangkannya,” katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video