Skip to main content

Bola Sepak

Faith Friday Obilor: Dari Eropah ke Liga-M

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faith-friday-obilor.jpg
Tonggak pertahanan import, Faith Friday Obilor, mengakui mengidamkan cabaran baru apabila memilih PDRM FC sebagai destinasi sulungnya di liga rantau Asia Tenggara.

Pemain kelahiran Aba, Nigeria, itu bertekad membantu Sang Saka Biru untuk mencapai prestasi lebih baik berbanding musim lalu.

Dia turut menganggap bukan mudah untuk dia mengisi kekosongan yang ditinggalkan pertahanan, James Okwuosa, namun percaya dia mampu untuk membantu lonjak prestasi The Cops terutama dalam saingan Liga Super.

Untuk rekod, pertahanan berusia 33 tahun itu pernah beraksi dalam liga beberapa buah negara Eropah; antaranya Kazakhstan, Moldova serta Finland.

"Saya mahu menikmati cabaran baru dalam liga dan gaya bola sepak berbeza. 





"Ramai rakan-rakan pernah beraksi di sini. Saya mahukan sesuatu yang baru dan tidak gemar dengan kekalahan.

"Pasukan ini ibarat berwajah baru dan semua pihak sedang bekerja keras.

"Kami mahu menggembirakan penyokong dengan menghasilkan keputusan yang bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.




 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video