Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak semalam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fh_1.jpg
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak semalam (Rabu).

Mengikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.


 
Sebelum ini, bapa pemain itu turut memaklumkan bahawa anaknya sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi dan mencapai 95 peratus tahap kecergasannya.

Ini merupakan kali pertama Faisal turun semula ke padang sejak menjadi mangsa simbah asid dan terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan dan pemulihan.

Advertisement

Must Watch Video