Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim_1.jpg
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Selepas Faisal Halim selesai menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil," katanya.

Faisal mengalami kelecuran tahap dua di muka dan badannya selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Damansara semalam.
 
Untuk laporan terperinci nantikan dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video