Skip to main content

Berbasikal

Skuad berbasikal lebuh raya tagih perhatian sama rata

lll
Advertisement

'Saya harap mereka fokus keseluruhan ekosistem basikal.'

Demikian perkongsian ketua jurulatih berbasikal lebuh raya kebangsaan, Yusof Nasir, sekiranya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ingin melantik pengarah teknikal yang baru.

Advertisement

Baginya, tidak kira siapa pun mengisi kerusi itu, ia datang dengan tanggungjawab besar untuk menjaga kebajikan bukan sahaja berbasikal trek, malah disiplin lain seperti lebuh raya, kayuhan denai (MTB) dan juga BMX.

"Ciri-ciri yang kalau boleh ada bagi seseorang pengarah teknikal itu ialah memberi fokus kepada semua disiplin termasuk lebuh raya.

Advertisement

"Acara ini lebih perhatian memandangkan tahun depan ada Sukan SEA.

"(Setakat ini) acara lebuh raya kekurangan dalam banyak perkara, sebelum ini bantuan yang kami terima terbatas, daripada MSN (Majlis Sukan Negara) sahaja.

"Saya harap dengan kehadiran pengarah teknikal yang baharu agar bantuan skuad lebuh raya terima lebih besar," katanya di Nadi Arena.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video