Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim berisiko bersara awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisahl.jpg
Berikutan keadaan terkini pemain penyerang negara, Mohamad Faisal Abdul Halim, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan kecederaan melecur tahap empat akibat insiden simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, kelmarin.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain itu dilaporkan berisiko bersara lebih awal daripada kancah bola sepak berikutan keadaan semasanya akibat kesan daripada lecuran asid itu.

Begitupun pemain sayap negara itu akan menjalani beberapa lagi siri pembedahan dengan siri pertama sebelum ini mengambil masa selama empat jam tempoh pembedahan.


 

Mengikut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang dihubungi Bernama menjelaskan situasi semasa Faisal Halim yang kini masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama.

Advertisement

Must Watch Video