Revolusi Indonesia semakin menyeramkan selepas rombakan institusi kejurulatihan yang lebih mengancam demi mencapai misi penting terutamanya menjelang baki perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Mac ini.
Pelantikan bekas penolong Louis Van Gaal, Patrick Kluivert, membuka satu jalan baru buat bola sepak Sang Garuda berkembang lebih pesat di bawah kepimpinan Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir.
Transisi falsafah dari Korea Selatan diketuai Shin Tae-yong akan diperluas oleh sistem bola sepak Belanda yang diberi tanggungjawab kepada Kluivert dan barisan kejurulatihan yang lain bagi memperkuat skuad kebangsaan di persada antarabangsa.
Selain pemain tempatan, PSSI juga giat menandatangani pelbagai warisan baru dari Belanda yang akan menjadi sebahagian daripada projek terebut untuk menjayakan misi ke pentas tertinggi dunia.
Terbaru, wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, mengumumkan kehadiran anak legenda tersohor Barcelona dan Ajax Amsterdam, Johan Cruyff iaitu Jordi Cruyff, dilantik sebagai penasihat teknikal yang menggalas peranan memperluas jajahan bola sepak Indonesia.

??? Former Barcelona director Jordi Cruyff has signed in as new Indonesia national team technical director.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 25, 2025
He’s joining Patrick Kluivert as part of the project wanted by Erick Thohir. pic.twitter.com/hz9lK9qHxu