Rafael Benitez menegaskan Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu bertanggungjawab selepas permohonan Everton untuk menangguhkan perlawanan dengan Burnley ditolak.
Everton akan bertandang ke The Clarets di Turf Moor pada 'Boxing Day', Ahad ini,dan malam tadi Benitez mendedahkan bahawa dia hanya mempunyai sembilan pemain senior untuk dipilih.
The Toffees masih mempunyai tiga penjaga gol yang cergas dan pilihan pemain daripada akademi, namun Benitez memberi amaran bahawa situasi itu mungkin berubah dalam beberapa hari akan datang.
Enam perlawanan EPL termasuk pertemuan dengan Leicester City telah dibatalkan hujung minggu lalu berikutan penularan COVID-19 dalam beberapa barisan kendaliannya.
EPL pada malam tadi mengesahkan kunjungan Leeds United ke Liverpool dan perlawanan Watford di Wolves, yang turut dimainkan pada hujung minggu ini juga telah ditangguhkan.
Kelab EPL mengadakan pertemuan pada Isnin lalu sebelum memutuskan untuk meneruskan saingan dengan setiap perlawanan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.
Benitez, bagaimanapun, tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana Everton diberitahu pertemuan Burnley perlu diteruskan.
Dia memberitahu sidang akhbar: "Saya benar-benar terkejut apabila perlawanan ini akan diturunkan memandangkan kes penularan di kem kami selain masalah kecederaan.
"Kami telah mematuhi semua peraturan yang ada, kami telah menjalani ujian calitan 'PCR', memakai pelitup muka, menubuhkan tiga bilik persalinan bagi mengelak penularan dalam kalangan pemain. Tetapi kami masih tidak mampu membendung penularan ketika perlawanan dan jika seseorang kemudian dijangkiti walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia masih boleh menular kepada orang lain.
"Ia berlaku ketika menentang Chelsea. Kami terpaksa menurunkan beberapa pemain muda dan selepas perlawanan, kami mendapati lima lagi kes positif. Dengan kecederaan dan kes jangkitan yang kami hadapi, kami fikir perlawanan akan ditangguhkan.
"Peraturan menetapkan sekurang-kurangnya 13 pemain boleh diturunkan ditambah seorang penjaga gol. Kami hanya mempunyai sembilan pemain senior ditambah tiga penjaga gol dan selepas itu, kami perlu mempertaruhkan lima pemain muda, tetapi penganjur mengatakan mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk beraksi dalam EPL."
Dalam masa sama, Benitez mahu berhati-hati dengan khidmat Dominic Calvert-Lewin yang baru sembuh selepas ditimpa kecederaan sejak Ogos lalu.