Skip to main content

Bola Sepak

Eriksen kembali sertai skuad Denmark selepas insiden serangan jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

christian-eriksen.jpg
Christian Eriksen kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Denmark bagi siri perlawanan antarabangsa, sekali gus menjadi penampilan pertamanya selepas mengalami serangan jantung dalam Euro 2020 tahun lalu.

Karier pemain berusia 30 tahun itu kelihatan akan berakhir pada sembilan bulan lalu apabila dia rebah di tengah padang sewaktu perlawanan peringkat kumpulan di antara Denmark dan Finland di Copenhagen.

Dia kemudian menjalani pembedahan memasukkan implantable cardioverter-defibrillator (ICD) di janrungnya, yang menyaksikan dia tidak lagi dapat bersama Inter Milan berdasarkan peraturan Serie A.

Bagaimanapun, selepas berusaha keras mendapatkan kecergasannya di bekas kelabnya, Odense dan Ajax, Eriksen kemudian menandatangani kontrak enam bulan bersama Brentford pada Januari lalu.

Dan selepas melakukan tiga penampilan bersama kelab barunya itu, bekas pemain tengah Tottenham berkenaan kini kembali mendapat panggilan Denmark.

Eriksen merupakan sebahagian daripada 23 pemain yang dipanggil Kasper Hjulmand menjelang perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Serbia hujung bulan ini.

"Dia sudah 100 peratus bersedia dan ini adalah tempat sepatutnya dia berada," kata Hjulmand mengenai Eriksen, yang memiliki 109 penampilan bersama pasukan kebangsaan itu.
 
Denmark telah mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2022, yang mungkin akan menjadi penampilan semula Eriksen di pentas antarabangsa.

The Red and Whites akan menghadapi Belanda di Amsterdam pada 26 Mac ini sebelum melayani kunjungan Serbia di Stadium Parken tiga hari kemudian.

Senarai pemain Denmark:
Kasper Schmeichel, Frederik, Ronnow, Daniel Iversen, Rasmus Nissen, Alexander Bah, Joachim Andersen, Victor Nelsson, Andreas Christensen, Jannik Vestergaard, Joakim Maehle, Christian Eriksen, Philip Billing, Christian Norgaard, Pierre Emile Hojbjerg, Mathias Jenney, Thomas Dela, Jesper Lindstrom, Jacob Bruun Larsen, Kasper Dolberg, Andreas Cornelius, Jonas Wind, Andreas Skov Olsen, Yussuf Yurary
 

Advertisement

Must Watch Video