BELANDA 4 DENMARK 2
Christian Eriksen tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas bola sepak antarabangsa walaupun Denmark tewas 2-4 kepada Belanda dalam perlawanan persahabatan di Amsterdam awal pagi tadi.
Selepas mengalami serangan jantung ketika perlawanan Denmark menentang Finland dalam Euro 2020 tahun lalu, Eriksen kembali diturunkan sebagai pemain gantian -- menamatkan kemarau 287 hari penampilan antarabangsa -- dan hanya memerlukan dua minit untuk menemui sasaran.
Dia hampir menjaringkan gol keduanya dalam kepulangan itu tetapi percubaan jarak jauhnya sekadar menggegarkan tiang gol lawan.
Apapun, peluang untuk kembali mewakili Denmark di atas padang sudah cukup untuk memberikan kepuasan buat Eriksen.
"Saya rasa seperti kembali menjadi pemain bola sepak," katanya kepada NOS.
"Sudah sekian lama saya berehat daripada aksi antarabangsa.
"Saya amat gembira dapat kembali. Untuk dapat juga menjaringkan gol memberikan lebih kepuasan, ia memberikan perasaan yang luar biasa.
"Saya memang tidak sabar untuk melakukannya," katanya.
Denmark akan menamatkan waktu rehat antarabangsa dengan melayani kunjungan Serbia awal pagi Rabu ini.

HAN ER TILBAGE!!!!@ChrisEriksen8 gør det til 3-2 ?
— Fodboldlandsholdene ?? (@dbulandshold) March 26, 2022
Hvor er det dejligt at se!#ForDanmark pic.twitter.com/stuZ7yjluL