Jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag, dilihat turut hadir di malam berbuka puasa Manchester United bersama barisan pemain dan staf muslim selepas pasukannya melakar keputusan seri 1-1 berdepan Brentford, kelmarin.

Dia dilihat sedang beramah mesra bersama berisan staf yang sedang berbuka puasa sambil berjabat tangan dengan mengucapkan selamat berbuka kepada mereka.





Walaupun sedang berada dalam tekanan selepas gagal melakar kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dia masih lagi cekal dalam menjaga hubungan antara barisan staf dan pemain.