Skip to main content

Bola Sepak

Era baru Negeri Sembilan bermula, juara Piala Serumpun kalahkan wakil Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsfc.jpg
Era baharu Negeri Sembilan sudah bermula!

Negeri Sembilan menampilkan bayangan kesebelasan utama terbaik termasuk dengan pertukaran pemain simpanan yang meyakinkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Ini sekali gus, menyaksikan skuad Jang berjaya menjulang trofi Piala Serumpun dalam perlawanan pramusim bertemu Semen Padang.

Tonggak pinjaman dari Selangor, Alex Agyarkwa, jelas menjadi nadi utama Hoben Jang Hoben yang mengawal bahagian tengah dibantu dengan kecemerlangan A. Selvan dan Jovan Motika. 

 

Selaku ketua pasukan, Khuzaimi Piee, turut diangkat sebagai watak paling penting dalam sistem pertahanan Negeri Sembilan yang berhasil mengekang asakan pihak lawan yang buntu menemui jaringan.

Zainal Abidin Jamil, Joseph Esso dan N. Javabilaarivin merupakan penjaring menewaskan penjaga gol Brazil, Arthur Augusto, untuk keputusan 3-0 memenangi aksi Derbi Minang itu.

Namun, di sebalik prestasi unggul skuad kendalian Nidzam Jamil itu, peminat masih menunggu kemunculan Luqman Hakim Shamsudin yang tidak diturunkan semalam. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video