Unai Emery berkata prestasi Marcus Rashford dalam kemenangan 2-1 Aston Villa ke atas Chelsea adalah satu persembahan yang memukau sambil mengulangi tuntutannya agar penyerang pinjaman mereka itu diberikan sokongan supaya dia boleh kembali ke prestasi terbaiknya.
Rashford menyertai Villa secara pinjaman daripada Manchester United hingga akhir musim selepas dibekukan daripada pasukan bimbingan Ruben Amorim.
Dia kemudian membuat tiga penampilan untuk kelab barunya itu dalam usahanya membina semula kecergasan dan keyakinannya.
Pemain berusia 27 tahun itu menggantikan Jacob Ramsey dalam babak kedua untuk membolehkan Villa mengekori kelab barat London itu selepas Enzo Fernandez meledak gol menerusi hantaran lintang rendah Pedro Neto.
Namun, kemasukan Rashford mencetuskan inspirasi kebangkitan buat tuan rumah apabila dia mencipta umpanan buat kedua-dua gol Marco Asensio dalam separuh masa kedua.
45 minutes played
— Aston Villa (@AVFCOfficial) February 22, 2025
15/16 passes completed
5 touches in opp. box
3 chances created
3x possession won
2 assists
A top performance from Marcus ? pic.twitter.com/V2qo87aemi
Ditanya sejauh mana tindak tanduk Rashford sejak ketibaannya di kelab itu, Unai memberitahu Sky Sports: "Sokong dia. Bantu dia. Cuba buat dia selesa di sini. Cuba kembalikan keyakinannya bersama kami. Cuba bekerja. Cuba gunakan kemahirannya dalam idea taktikal kami. Cuba juga untuk meletakkannya sasaran daripada segi taktikal dan segala-galanya. Dan dia sedang melalui proses ini.
"Sudah tentu dia beraksi selama 45 minit yang hebat. Kami mahu cuba menjadikannya konsisten menerusi pendekatan kami.
"Tetapi saya harap dia akan bertambah bagus. Dan perkara paling penting baginya ialah cuba berasa selesa di sini dan mendapatkan keyakinan yang baik bersama kami."