Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Tiga calon terbaik ganti Erik Ten Hag di Old Trafford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg

Sekurang-kurangnya tiga nama telah disenaraikan untuk mengambil alih jawatan Erik ten Hag di Manchester United.

Manchester United sedang mencari pengurus terkemuka dan sudah mempunyai tiga nama dalam senarai pendek, menurut wartawan sukan terkemuka Itali, Gianluca Di Marzio, seperti dilaporkan oleh Sportskeeda.

Advertisement

Khabar angin bertiup kencang mengatakan ten Hag bakal dipecat sejurus perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City di Wembley pada Sabtu ini.

“Keputusan telah pun dibuat walaupun perlawanan akhir Piala FA masih belum dimainkan,” kata Di Marzio.

Menurut Di Marzio, tiga individu yang berpotensi menggantikan ten Hag adalah Kieran McKenna, Roberto de Zerbi dan Mauricio Pochettino yang baru sahaja dipecat Chelsea.

“Sumber dalaman kelab mendedahkan bahawa United berhasrat memulakan perbincangan tidak lama lagi,” katanya. - Sinar Harian

Must Watch Video