Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Tiada kualiti, Roy Keane tidak percaya kemampuan Ruben Amorim tembus kelompok teratas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno.jpg
Bekas pemain Manchester United, Roy Keane, tidak mempercayai kemampuan Ruben Amorim untuk membawa pasukan itu kembali ke carta empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kekurangan kualiti yang bagus.

Perkongsian itu diluahkan oleh legenda The Red Devils tesebut selepas melihat juara Piala FA itu sekadar mencatatkan seri 1-1 menerusi jaringan Marcus Rashford dan Omari Hutchinson.

Begitupun, Keane mengakui bahawa bekas pengendali Sporting CP itu perlu diberi masa untuk membawa perubahan ketara, namun sukar untuknya menembusi kelompok teratas liga.
 


"Anda perlu memberi peluang kepadanya tetapi mereka akan menghadapi masalah besar kerana tidak cukup bagus.

"Adakah saya mempercayai bahawa mereka mempunyai kualiti yang baik? Sama sekali tidak. Mereka senang diramal dan kekurangan ilmu berguna," ulasnya ketika hadir di Stadium Portman Road.

Advertisement

Must Watch Video