Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Sergio Aguero optimis Manchester City masih ada peluang cabar kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Bekas penyerang berbisa Manchester Cityy, Sergio Aguero, menegaskan The Citizens masih berpeluang untuk mengejar Liverpool yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baru-baru ini Liverpool telah menjarakkan jurang sebanyak 8 mata selepas meraih 3 mata selepas menundukkan Southampton dikala Manchester City bergelut untuk dapatkan prestasi sebenar dengan mereka dibelasah Tottenham 4-0.

Pemain yang telah memenangi gelaran juara EPL Bersama City itu melaungkan amaran kepada Liverpool bahawa tidak mustahil sejarah bakal berulang lagi musim ini.

"Pemerhati sukan selalu cepat untuk menilai dan saya sering memberikan respon yang sama, belum berakhir selagi ia belum berakhir," kata Aguero.

"Tidak wajar membuat kenyataan sebegitu apabila perjalanan liga masih lagi berlangsung." katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video