Brighton and Hove Albion memusnahkan harapan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, untuk membawa pulang tiga mata penuh apabila meraih kemenangan 3-2 di Stadium Falmer, awal pagi tadi.
Meskipun tewas, The Reds masih utuh di tempat pertama dengan 83 mata selepas mengesahkan kejuaraan buat kali ke-20 dalam sejarah.
Skuad kendalian Arne Slot membuka tirai jaringan menerusi pemain kebangsaan England, Harvey Elliott, pada minit kesembilan sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 dengan jaringan Yasin Ayari.
Dominik Szoboszlai kemudiannya melepaskan rembat deras daripada sudut sukar untuk meletakkan kembali Liverpool di hadapan, sekali gus memasuki bilik persalinan dengan kelebihan jaringan sebelum bermula separuh masa kedua.
Kebangkitan sensasi kelab di tangga kelapan EPL itu mengakibatkan Liverpool terpaksa berputih mata sekali lagi apabila bintang Jepun, Kaoru Mitoma, dan Jack Hinshelwood merobek gawang Allison Becker pada minit akhir untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 3-2.
Untuk rekod, ini merupakan aksi ketiga Liverpool gagal mendapatkan tiga mata penuh selepas dua kali tewas kepada Brighton dan Chelsea termasuk seri dengan Arsenal minggu lalu.
Kali terakhir Liverpool menggapai kemenangan apabila membenam Tottenham Hotspur 5-1 pada 27 April yang menyaksikan mereka diangkat sebagai juara liga.

Defeat at Brighton. #BHALIV pic.twitter.com/yiS5REM0Pv
— Liverpool FC (@LFC) May 19, 2025