Pemain berusia 27 tahun itu tidak menyertai skuad The Red Devils untuk tiga perlawanan berturut-turut.
Sejak membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tiada pemain yang menjaringkan lebih banyak gol daripada Rashford (87), manakala dia juga telah menyumbangkan 40 bantuan jaringan.
Selepas diketepikan ketika aksi derbi yang berakhir dengan kemenangan buat United menewaskan Manchester City 2-1, dia menjelaskan bahawa 'bersedia untuk cabaran baru' dalam satu temu bual bersama Henry Winter.
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) November 12, 2024
"Apabila saya rasa ia adalah masa yang sesuai, saya akan mengubah. Sehingga itu saya akan terus memikirkan apa yang terbaik buat pasukan," jelas Amorim mengenai ketiadaan Rashford.
"Saya berbual dengannya setiap hari, bukan tentang temu bual tetapi tentang persembahannya. Ini keputusan saya. Dia mahu bermain. Dia cuba. Ini keputusan saya, hanya keputusan saya.
? Rúben Amorim: “Leaving Rashford out is my decision. He wants to play, he’s trying. It’s my decision, only my decision”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 24, 2024
"I’m doing things my way, and it’s the only way I know. If I don’t do that, I will lose myself. I know what I’m doing”. pic.twitter.com/G7hLNcORmZ
"Saya cuba melakukan banyak perkara mengikut cara saya. Ini satu-satunya cara yang saya tahu.. jika saya tidak berbuat perkara itu, saya akan kehilangan diri saya. Saya tahu apa yang saya lakukan." katanya.