Ejen kepada Mohamed Salah menolak spekulasi bahawa penyerang Liverpool itu akan berpindah ke kelab Arab Saudi sambil menegaskan pemain berusia 31 tahun berkenaan kekal komited bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Laporan dari Timur Tengah mendakwa terdapat perbincangan di antara pemain kebangsaan Mesir itu dengan Al-Ittihad melibatkan kesepakatan difahamkan bernilai £155 juta (RM904.62 juta) dengan kontrak melebihi dua tahun.
Bekas rakan sepasukan Salah, Fabinho, telah menyertai kelab Arab Saudi itu musim panas ini dengan perpindahan bernilai £40 juta (RM233.45 juta).
Bagaimanapun, wakil salah berkata bekas pemain Chelsea dan AS Roma itu tidak berminat untuk meninggalkan Anfield buat masa ini.
"Jika mengambil kira meninggalkan LFC tahun ni, kami baru sahaja memperbaharui kontrak musim panas lalu.
"Mohamed akan kekal di LFC," kata ejen Salah, Ramy Abas, dalam satu ciapan Twitter.

If we considered leaving LFC this year, we wouldn’t have renewed the contract last summer. Mohamed remains committed to LFC.
— Ramy Abbas Issa (@RamyCol) August 7, 2023