Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sah Onana ke Aston Villa, nampaknya benar!

gswcgcvwiaafu6i.jpg
Sebelum ini ada ura-ura menyatakan  Aston Villa semakin hampir mendapatkan pemain tengah Belgium, Amadou Onana dari Everton. Menurut Sky Sports, pemain tengah Everton berusia 22 tahun dari Belgium, Amadou Onana sudah bersedia untuk melengkapkan perpindahannya ke Aston Villa pada hujung minggu ini. 

Everton telah melengkapkan pembelian pemain tengah Amadou Onana dari Lille dengan kontrak lima tahun. Butiran kewangan kini dipersetujui oleh kedua-dua pemain dan kedua-dua kelab, dengan pemeriksaan kesihatan mungkin akan bermula pada Sabtu apabila pemain itu kembali dari rehat selepas Euro 2024.

"Saya tahu ia adalah kelab yang besar, salah satu yang terbesar di England," kata Onana

"Semua orang di sini menunjukkan mereka benar-benar mahukan saya dan mereka mempunyai rancangan untuk saya, jadi saya sangat menghargai perbincangan saya dengan pengurus (Frank Lampard) dan pengarah bola sepak (Kevin Thelwell). 

"Mereka memberitahu saya bagaimana mereka mahu saya bermain dan saya menikmatinya.
 

Advertisement

Must Watch Video