Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ruben Amorim tidak puas hati meskipun sudah menang?

rubenamorim.jpg
Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, menggesa anak buahnya memperkemas serangan dengan meningkatkan tahap ancaman berbahaya terhadap pihak lawan supaya lebih ampuh pada masa akan datang.

Statistik mencatatkan bahawa jaringan tunggal pemain kebangsaan Argentina, Lisandro Martinez, merupakan satu-satunya percubaan tepat The Red Devils sepanjang 90 minit permainan.

Jika tidak disebabkan itu, United hanya bernasib baik tidak tewas kepada Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, awal pagi tadi.

Pengendali berusia 40 tahun itu gembira dapat mengatasi lawan dengan membawa pulang tiga mata penuh tetapi perlu menerima hakikat bahawa terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengatur serangan dalam skuadnya.

 

“Saya rasa begitu (penambahbaikan diperlukan dalam serangan), walaupun kami membuat beberapa perubahan pada separuh masa kedua namu, kami tetap kurang menyengat di bahagian depan.

"Akan tetapi, begitulah realitinya. Kami memerlukan lebih banyak bola untuk mencipta peluang dan memasuki kawasan berbahaya lawan. 

"Kami cuba mengawal permainan, bermain dengan cara kami, tetapi kami perlu banyak kerja untuk dibuat," ,” katanya kepada media antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video