Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Postecoglou yakin pemain Tottenham sudah beri segalanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ange.jpg
Jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglu, yang sedang berada di bawah tekanan yakin bahawa para pemainnya sudah memberikan segala-galanya dan dia percaya mereka akan bertambah baik tidak lama lagi.

Musim yang suram bagi Tottenham apabila tewas 1-2 di laman sendiri kepada Leicester City, walaupun mereka mendahului menerusi tandukan Richarlison pada separuh masa pertama.

Spurs kini telah melalui tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)  tanpa sebarang kemenangan, dan mengalami enam kekalahan dan satu keputusan seri 2-2 menentang Wolverhampton Wanderers yang turut bergelut.

Ini adalah rentetan tanpa kemenangan terpanjang mereka dalam liga sejak tahun 2008, dengan kecederaan yang menimpa Guglielmo Vicario, Destiny Udogie, Cristian Romero, Micky van de Ven, Brennan Johnson, James Maddison, Timo Werner, dan Dominic Solanke.

 

“Ia sangat menyakitkan. Para pemain telah memberikan segalanya sekali lagi.

“Kami akan melihat banyak perkara, tetapi daripada segi usaha, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka. Nasib hanya tidak menyebelahi kami.

“Kami mencipta beberapa peluang yang baik dan malangnya, segalanya tidak memihak kepada kami.

“Para pemain telah memberikan segala yang mereka mampu.

“Itulah yang boleh kami harapkan sebagai sebuah kelab bola sepak.

“Mereka berusaha sedaya upaya, dan itu sahaja yang boleh diminta oleh sesiapa pun,” katanya kepada media antarabangsa.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video