Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Postecoglou pertahan tindakan Vicario marah penyokong

vic.jpg
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou telah mempertahankan panjaga gawangnya Guglielmo Vicario menjelang aksi di laman sendiri menentang Bournemouth di Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi ini.

Selepas kekalahan 1-0 menentang AZ Alkmaar ketika pusingan pertama pusingan 16, penjaga gawang itu bertindak marah terhadap penyokong Spurs sebelum ini.

Biarpun emosi, Vicario nampak seperti menguasai dirinya ketika itu, Postecoglou menjelaskan bahawa dia menyokong tindakkan Vicario.

"Vic adalah seorang yang sangat optimis dengan pasukannya (Tottenham Hostspur), Dia mahu raih kemenangan buat pasukan dan tagih sokongan dari semua pihak. 

"Jika ada sesiapa anggap Vic adalah seorang yang jahat, mereka tidak tahu Vic dengan mendalam seperti saya. Dia adalah seorang individu yang amat baik dan mahukan segala perkara yang baik buat pasukannya kerana dia adalah seorang yang sering mengambil berat pasukan"

Kekalahan di Belanda adalah kali ketujug dalam 12 perlawanan buat Spurs secara keseluruhan musim ini, dan kini menghuni tanggan ke-13 dalam kempen liga

Walau bagaimanapun, Postecoglou komited untuk meningkatkan prestasi pasukan itu dari masa ke semasa.

Advertisement

Must Watch Video