Pengurus berusia 53 tahun itu telah memenangi 18 trofi sepanjang lapan tahun di Stadium Etihad termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala FA Inggeris, tiga Piala EFL dan Liga Juara-Juara (UCL).
Guardiola dikaitkan dengan tugasan sebagai pengurus The Three Lions sebelum ini apabila Gareth Southgate meletakkan jawatan pada Julai lalu, tetapi Thomas Tuchel mengisi kerusi panas itu sekali gus menyaksikan Pep kekal bersama The Citizens untuk tempoh dua musim lagi.
? #PL FIXTURE UPDATES ?
— Manchester City (@ManCity) December 9, 2024
? Arsenal (A)
? Sunday 2 February
⏰ 16:30 (UK)
? Liverpool (H)
? Sunday 23 February
⏰ TBC pic.twitter.com/l41yHHIyhL
Bercakap kepada chef Sepanyol, Dani Garcia, menerusi saluran Youtube Desmontadito, dia menjelaskan: "Saya mahu meninggalkannya dan pergi bermain gol tetapi saya tidak boleh!
"Akan tiba waktunya saya berasakan ianya sudah cukup dan saya pasti akan berhenti ketika itu. Saya tidak akan menguruskan kelab lain.
"Saya tidak bercakap mengenai masa depan jangka panjang tetapi apa yang saya tidak akan lakukan ialah meninggalkan Manchester City dan pergi ke negara lain untuk melakukan perkara yang sama seperti saya sekarang.
"Saya tidak mempunyai tenaga untuk melakukan itu lagi. Saya masih di sini melakukan apa yang saya ada hari ini. Tetapi pemikiran untuk bermula di tempat lain, dengan semua proses latihan dan sebagainya.. Tidak sama sekali. Mungkin pasukan kebangsaan tetapi itu berbeza.
"Saya harus berhenti, seperti tukang masa yang pergi ke negara lain, berhenti dan lihat apa yang telah kami lakukan dengan baik dan lebih baik lagi." katanya.