Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pemain Leeds mohon maaf abaikan penyokong di hotel selepas tewas kepada Bournemouth

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leeds-players-show-their-dejection-at-bournemouth-on-sunday-after-slipping-to-another-heavy-premier-league-defeat.jpg
Barisan pemain Leeds United memohon maaf susulan kekalahan besar kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan mengabaikan penyokong mereka sewaktu meninggalkan hotel penginapan.

Tular sebuah video di media sosial selepas kekalahan 1-4 itu -- yang meletakkan mereka semakin hampir dengan zon penyingkiran -- memperlihatkan pemain pasukan itu tidak mengendahkan sekumpulan penyokong mereka, termasuk seorang kanak-kanak lelaki, di perkarangan hotel penginapan.

Leeds kini tewas empat daripada lima perlawnan terakhir dan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok tiga terbawah.

=======
<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">? A message from the players</p>&mdash; Leeds United (@LUFC) <a href="https://twitter.com/LUFC/status/1653002761728937984?ref_src=twsrc%5Etfw">May 1, 2023</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Satu kenyataan yang dikeluarkan Leeds berkata: "Sebagai pemain pasukan utama Leeds United, kami mahumenjelaskan kepada penyokong mengenai perlawanan (pada Ahad lalu) dan satu kiriman dalam media sosial.

"Yang pertama, persembahan kami tidak cukup bagus. Tiada cara lain untuk melihatnya dan satu-satunya cara adalah dengan memberikan respons di atas padang. Penyokong Leeds bertandang jauh dari serata negara ini dengan jumlah yang besar dan layak menerima sesuatu yang lebih baik berbanding ini.

"Apa yang membimbangkan kami semua sebagai satu pasukan adalah terdapat satu video online yang menunjukkan kami meninggalkan hotel. Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan untuk memohon maaf terhadap kanak-kanak dalam video itu, yang memakai jersi Leeds dan tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada skuad ini.

“Pada hari perlawanan, kami berjalan kaki, sebelum dan selepas itu, kami berhenti untuk bergambar dan memberikan tandatangan bagi memastikan kami berinteraksi dengan peminat tetapi kami juga perlu menepati masa ketika menuju ke perlawanan.

"Bagaimanapun, tiada alasan untuk kami tidak menghargai pengokong dan sekiranya ibu-bapa kepada penyokong yang memakai jersi Leeds itu dapat menghubungi kami, kami amat berterima kasih.

"Kami percaya perjuangan ini masih belum berakhir dan kami akan meneruskannya sehingga sepakan bola terakhir musim ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda."

 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video