Penjaga gawang Manchester United, Andre Onana, menjelaskan bahawa dia bersedia menerima kritikan selepas kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mendukacitakan buat pasukannya musim ini.

The Red Devils menamatkan kempen liga di tempat ke lapan dengan pengurus dan pemain berada di bawah penelitian susulan persembahan mereka yang kurang memuaskan.

Dia merupakan salah seorang yang tersenarai, pemain berusia 28 tahun itu menyertai United dari Inter Milan pada awal musim selepas memulakan langkah kiri dengan penuh kesilapan ketika beraksi di atas padang.



Untuk rekod, Manchester United melepaskan 84 gol dalam semua pertandingan musim ini dan merupakan catatan terburuk mereka dalam satu musim ini.

"Bagi saya, saya tidak mempedulikannya. Saya datang ke pasukan ini untuk mengambil peluru (kritikan) kerana kami dalam pembinaan - pada masa ini, kami bukan yang terbaik," katanya kepada Overlap.

Jika mereka duduk di tempat saya yang memenangi segala-galanya, kadang-kadang ia pelik - kami berada dalam kapal yang sama. Kami cuba mengikuti perkara yang mereka lakukan juga.

"Bagi saya, saya tidak keberatan, tetapi yang lain mungkin terjejas. Bagi saya sejujurnya, ia hanyalah sebahagian daripada permainan.