EPL

EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal giat cari penyerang baru

Stadium Astro
Saufi Tahir
25/01/2025
01:09 MYT
Sponsor Banner
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal giat cari penyerang baru
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, menjelaskan kelab itu sedang giat mencari seorang penyerang baru bagi menggantikan Bukayo Saka dan Gabriel Jesus yang masih bergelut dengan masalah kecederaan.
Saka tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring Ketika membantu Arsenal melakar kemenangan 5-1 mengatasi Crystal Palace Disember lalu.
Manakala, Jesus bakal terlepas perlawanan dalam tempoh Panjang apabila disahkan mengalami kecederaan ligamen awal bulan lalu Ketika berdepan Manchester United dalam saingan Piala FA.
Kesannya, The Gunners kehilangan beberapa tonggak penting dan Arteta optimis ingin menambah seorang penyerang bagi membantunya menjalani baki saingan perlawanan musim ini.
"Pandangan saya sangat jelas, kami kehilangan dua pemain yang sangat penting iaitu Saka dan Jesus. Kami kekurangan gol, kekurangan pemain Dan kami kekurangan pilihan.
"Sangat jelas, sekiranya kami boleh mendapatkan pemain yang tepat, kerana itu kami sedang giat mencari Seseorang yang boleh membantu pasukan menjadi lebih baik." katanya dalam siding media sebelum perlawanan berdepan Wolves.
Sebelum ini, Matheus Cunha dan Ivan Toney antara nama yang dikhabarkan sedang dirisik Arsenal bagi mempertajamkan bahagian serangan mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video