Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mikel Arteta puji semangat luar biasa Arsenal tewaskan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, memuji semangat luar biasa anak buahnya meraih kemenangan penting ke atas seteru setempat, Chelsea, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, malam tadi.

Tandukan pemain kebangsaan Sepanyol, Mikel Merino, pada separuh masa pertama menerusi situasi bola mati membuktikan kehandalan The Gunners ketika sepakan sudut diambil..

Itu menandakan gol ke-27 Arsenal menerusi sepakan sudut sejak awal musim lalu, paling banyak daripada mana-mana pasukan.

Bekas pembantu pengendali Manchester City itu turut menghembus nafas lega selepas berjaya menamatkan tiga aksi tanpa kemenangan dalam kempen itu, walaupun mengakui memiliki kelebihan setiap perlawanan.

“Kami sepatutnya melakukan lebih banyak lagi, tetapi kami sangat gembira, dan ia adalah perlawanan penting.

 

"Kami menentang lawan yang hebat dan pasukan bermain dengan semangat yang luar biasa.

"Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah cuba memenangi perlawanan kami. Jika kami melakukannya, kami berada dalam kedudukan yang lebih baik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video