Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mikel Arteta kecewa tiada muka baru masuk perkuat Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arteta.jpg
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan rasa kekecewaannya terhadap kekurangan kelabnya kurang membawa masuk muka baru pada jendela perpindahan Januari menjelang aksi Piala EFL berdepan Newcastle United, hari ini.

Arsenal merupakan satu daripada lima pasukan -Bersama Liverpool, Chelsea, Newcastle, Fulham- yang tidak dapat membawa masuk sebarang pemain baru pada pertengahan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 itu.

Terdahulu, The Gunners dikaitkan dengan pelbagai nama seperti Benjamin Sesko, Ollie Watkins dan Martin Zubimendi yang juga merupakan pemain sasaran buat jurulatih berusia 42 tahun itu.







Ini susulan tonggak utama mereka seperti Gabriel Jesus, Bukayo Saka yang masih bergelut dengan masalah kecederaan, dengan Kai Havertz merupakan satu-satunya penyerang berprolifik yang dia miliki.

"Kami mempunyai niat yang jelas, iaitu memperkuatkan skuad kami menjelang jendela perpindahan yang terbuka. 

"Dengan pemain yang mengalami kecederaan, kami sudah terjejas dan kami tidak dapat mencapainya (matlamat).

"Kami kecewa. Kami perlu terus memandang kehadapan." katanya.

Advertisement

Must Watch Video