Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mauricio Pochettino mahu kembalikan keceriaan di Stamford Bridge bersama Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pochettino.jpg
Pengurus baru Chelsea, Mauricio Pochettino, mahu mengembalikan keceriaan di Stamford Bridge dan menyasarkan untuk meraih kejuaran dengan penuh bergaya.

Pengendali berbangsa Argentina itu menyandang jawatan berkenaan awal bulan ini dalam waktu yang cukup membimbangkan buat kelab London itu.

The Blues menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tempat ke-12, di mana mereka bergelut di bawah bimbingan empat pengurus berbeza sepanjang tempoh itu.

Bekas pengendali Tottenham, Pochettino, kini ditugaskan untuk mengubah nasib Chelsea daripada segi keputusan perlawanan dan dia kelihatan bersedia untuk menyahut cabaran besar itu.

"Saya amat menyedari bahawa Chelsea merupakan antara kelab terhebat di dunia," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan dalam media sosial kelab barunya itu.

"Sudah pasti ia amat mudah buat kami (Pochettino dan staf kejurulatihannya) membuat keputusan untuk berpindah ke sini.

"Saya fikir ia sesuatu yang mengujakan buat kami dan sudah pasti kami mahu mengembalikan semula keceriaan buat kelab bola sepak yang hebat ini, berusaha keras, bermain dengan cara yang penyokong boleh menikmati bola sepak kami," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video