Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Martinez kembali ke Manchester United selepas bergelar juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lisandro-martinez.jpg
Lisandro Martinez kembali ke Manchester United selepas kejayaannya memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar, sekali gus akan menjadi satu lonjakan semangat buat skuad bimbingan Erik ten Hag berkenaan.

Penentuan sepakan dramatik dalam aksi final menyaksikan La Albiceleste menewaskan Perancis untuk bergelar juara dunia di Qatar, yang disusuli dengan keraian luar buasa di negara berkenaan, menyaksikan Martinez diberikan cuti tambahan oleh Ten Hag.

Bagaimanapun, ketiadaannya jelas mendatangkan masalah di bahagian pertahanan United, di mana Harry Maguire dan Victer Lindelof juga tidak dapat diturunkan kerana masalah kesihatan.

Ia menyaksikan Casemiro dan Luke Shaw terpaksa beraksi di posisi pertahanan tengah dalam dua perlawanan terakhir United -- menentang Burnley dalam Piala EFL dan Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris -- walaupun Raphael Varane dapat kembali diturunkan sewaktu menentang Nottingham dan Maguire pula beraksi sebagai pemain gantian.
 
Ten Hag sebelum ini memberikan peringatan buat Martinez bahawa dia perlu segera kembali ke pangkuan kelab itu dengan berkata: "Martinez sedang meraikan kejayaannya di Buenos Aires dan saya memahaminya. Ia pencapaian terbesar yang anda boleh capai.

"Tetapi dia juga perlu menerima bahawa pada 27 Disember, saingan EPL akan bersambung."

United akan meneruskan saingan EPL dengan bertandang ke laman Wolves pada Sabtu ini, di mana ia akan menyaksikan mereka melewati lima perlawanan dalam tempoh dua minggu bagi tiga kejohanan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video