Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Maresca resah Chelsea dihantui kesilapan penjaga gol

chelsea.jpg
Enzo Maresca mengakui kegusarannya terhadap situasi penjaga gol Chelsea selepas kesilapan Filip Jorgensen terbukti menjadi titik tolak kepada kekalahan 1-2 kepada Aston Villa, awal pagi tadi. 

Chelsea mendahului pada minit ke-9 di Villa Park apabila Enzo Fernandez menyempurnakan hantaran lintang Pedro Neto, tetapi Villa kembali bangkit dalam separuh masa kedua.

Pemain gantian, Marcus Rashford, membekalkan dua bantuan jaringan untuk rakan sepasukannya yang juga pemain pinjaman, Marco Asensio, yang menghukum kawalan longgar Jorgensen.

Chelsea tumpas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini setelah mendahului dalam babak pertama biarpun hanya sekali kalah dalam situasi sedemikian sepanjang lima musim terakhir ini. 

Jorgensen dinaikkan pangkat sebagai penjaga gol pilihan pertama sejak awal bulan ini berikutan pengguguran Robert Sanchez yang melakukan lima kesilapan musim ini -- jumlah tertinggi dalam kalangan penjaga gawang 
EPL. 




Ditanya sama ada dia bimbang tentang situasi itu, Maresca memberitahu BBC Sport: "Saya sentiasa bimbang termasuk ketika kami memenangi perlawanan, saya khuatir. 

"Sekarang saya sudah pasti. Masalahnya dengan penjaga gol ialah posisi itu mudah menjadi perhatian dan apabila mereka melakukan kesilapan, semua orang boleh saksikannya.

"Malangnya hari ini, penjaga gol kami melakukan kesilapan. Ini adalah detiknya kami perlu menyokong satu sama lain dan cuba untuk kekal kuat."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video