Penyerang kebangsaan England, Marcus Rashford, bersedia meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, serta terbuka menerima cabaran baru bersama kelab lain.

Pemain berusia 27 tahun merupakan produk akademi Man United dan sudah melakukan lebih daripada 400 penampilan.

Berita perpindahan tersebut tersebar luar ekoran Rashford dan Alejandro Garnacho tidak bersama The Red Devils ketika pertemuan sengit menentang Manchester City, Ahad lalu.

Menurut sumber media antarabangsa, prestasi sewaktu latihan dan persembahan perlawanan sebelum ini menjadi kayu pengukur buat Ruben Amorim tidak menyenaraikan mereka berdua ketika derbi Manchester itu.



"Secara peribadi, saya bersedia untuk sebarang kemungkinan dan juga menginginkan cabaran baru pada masa akan datang.

"Sudah tentu, apabila saya memilih untuk pergi, tiada sebarang penyesalan dan anda tidak akan mendengar sebarang komen negatif daripada saya.

"Apabila sudah sampai waktunya, saya sendiri akan membuat kenyataan berhubung perpindahan itu," luahnya.



Bercakap mengenai keputusan pengendali baru itu yang tidak menyenaraikan dirinya sebagai pemain utama, dia bersikap profesional dan menerima kehendak tersebut.

"Ia menyedihkan tetapi ia sudah berlaku dan kami memenangi aksi itu, jadi mari pandang ke depan.

"Saya mengakui kecewa tetapi apa yang saya boleh lakukan?