Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui ia akan menjadi "kesilapan besar" jika Manchester City memikirkan untuk mendapatkan semula gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas enam melewati enam kekalahan.
City mengalami kekalahan yang terbaru pada Ahad, tewas 2-0 di tangan Liverpool di Anfield.
Kekalahan itu menjadikan mereka ketinggalan 11 mata di belakang skuad bimbingan Arne Slot di tangga teratas.
The Citizens kembali ke Etihad awal pagi esok untuk menentang Nottingham Forest, untuk kembali ke prestasi kemenangan dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town hujung minggu lalu.
Pasukan Guardiola mungkin berada dalam prestasi yang buruk tetapi mereka tidak tewas dalam lapan perlawanan terakhir menentang Forest, sejak kekalahan 3-2 pada Disember 1997.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima berturut-turut, Guardiola kekal realistik dengan keputusan baru-baru ini.
“Setelah menyaksikan keputusan dalam perlawanan terdahulu, memikirkan sasaran besar tentang [memenangi Liga Perdana Inggeris], ia adalah satu kesilapan besar,” kata Guardiola.
"Kami perlu menewaskan pasukan yang hampir sama taraf dengan kami dan memanfaatkan peluang untuk menghampiri kedudukan empat teratas. Kami tidak jauh untuk menjadi pasukan kedua yang memenangi kejuaraan, tetapi ia adalah soal konsistensi.
"Liverpool sebagai pasukan hebat dan kami hanya perlu berjuang dan memenangi perlawanan. Kami perlu bergerak ke hadapan selangkah demi selangkah."
Hanis Natasya
Wed Dec 04 2024