Liverpool meneruskan kemaraan menuju kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas Everton awal pagi tadi.
Dilihat sebagai bakal juara baharu EPL, dengan 73 mata selepas 30 perlawanan, kembali mendahului 12 mata ke atas Arsenal manakala Everton, yang memiliki rekod sembilan perlawanan tanpa kalah berakhir, kini menghuni tempat ke-15 dengan 34 mata.
Everton memperoleh gol di awal permainan namun percubaan Beto dibatalkan kerana ofsaid sebelum terlepas satu lagi peluang terhidang sebelum Jota memecah kebuntuan pada minit ke-57.
Liverpool berasakan Everton seharusnya menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas 11 minit ekoran terjahan keras James Tarkowski ke atas Alexis Mac Allister, namun kapten Everton itu sekadar meraih kad kuning.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu berakhir dengan keputusan 2-2, dengan Tarkowski menyamakan kedudukan di penghujung permainan yang menyaksikan empat kad merah dilayangkan, termasuk satu kepada pengurus, Arne Slot.
Bagi Liverpool, ini merupakan kebangkitan yang dicari susulan tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain sebelum tewas kepada Newcastle United dalam aksi final Piala Liga.