Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Liverpool hampir tersungkur di Villa Park

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trent.jpg
ASTON VILLA 2 LIVERPOOL 2

Liverpool terlepas peluang untuk melebarkan pendahuluan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 10 mata apabila terikat 2-2 dengan Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan menjelang setengah jam permainan dengan melambungkan bola ke jaring atas selepas The Reds menghukum kesilapan hantaran Andres Garcia.

Bagaimanapun, selepas jaringan Marcus Rashford dibatalkan gara-gara ofsaid, Villa menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit menjelang waktu rehat untuk menjadikan pertemuan itu kian rancak.

Liverpool gagal mengeluarkan lintangan licik Rashford ke dalam kotak penalti dan tandukan tidak kemas Dominik Szoboszlai dalam menyelamtkan keadaan disudahkan dengan voli gemilang Youri Tielemans yang melepasi kawalan penjaga gol, Alisson.

Ollie Watkins kemudian menanduk ke dalam gawang Liverpool untuk tuan rumah berada di depan pada minit ketiga waktu kecederaan separuh masa pertama.

Liverpool, bagaimanapun, kembali mengikat kedudukan pada minit ke-61 apabila percubaan Trent Alexander-Arnold dari sudut kotak penalti terbias ke tubuh Tyrone Mings sebelum melepasi jangkauan Emiliano Martinez.

Skuad bimbingan Arne Slot itu terus melakukan tekanan untuk mendapatkan kemenangan dan hampir menemuinya melalui pemain gantian Darwin Nunez tetapi percubaannya melambung tinggi.

Keputusan itu menyaksikan kelebihan Liverpool ke atas pencabar terdekat, Arsenal, berkurangan kepada lapan mata manakala Villa pula kekal berada di tangga kesembilan dengan dibezakan lima mata dengan kelompok empat teratas.

 

Advertisement

Must Watch Video