Manchester United kelihatan bersungguh-sungguh memperkuatkan barisan generasi baru pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.

Menurut pakar bola sepak, Fabrizio Romano, pertahanan tengah berusia 18 tahun itu akan sah bergelar pemain The Red Devils selepas menyelesaikan ujian perubatannya.

Dia dilaporkan akan menandatangani kontrak lima tahun sehingga Jun 2029.

Menurut Romano lagi, Lille dan United kini sedang mepersiapkan dokumen bagi kesepakatan bernilai €50 juta (RM254.22 juta) dengan beberapa syarat tambahan.

Terdahulu, United menandangani penyerang kebangsaan Belanda berusia 23, Joshua Zirkzee, daripada Bologna.